Friday 12 August 2011

Hikmah membaca ayat-ayat suci Al-QUran

PRIMARY LAGEND




HIKMAH MEMBACA AYAT-AYAT SUCI ALQURAN
Assalamualaikum,
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN
ALLAH SWT. "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...
bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.(COPY PASTE)


Hayati pagi&petang

PRIMARY LAGEND



Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Ya Muhammad), aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia, daripada kejahatan bisikan gangguan yang menyusuk ke dalam hati-hati manusia daripada golongan jin dan manusia. (3x) (An-Naas: 1-6)
Kami hayati pagi/petang ini ya Allah, di mana pagi/petang ini Kerajaan (alam buana ini) di tangan-Mu. Puji-pujian bagi Allah. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Tidak ada Tuhan sebenarnya melainkan Dia. Kepada-Nya kami bakal dihimpunkan.
Kami hayati (suasana) pagi/petang ini dalam kesucian Islam, kalimat ikhlas dan dalam agama nabi kami Muhammad s.a.w. dan dalam millat ayah kami Nahi Ibrahim yang lurus dan dia bukan daripada golongan musyrikin.
Ya Allah, pada pagi/petang ini kami kecapi nikmat, kesejahteraan dan perlindungan daripada Engkau, maka teruskanlah berkekalan ke atas kami nikmat-Mu, kesejahteraan-Mu dan perlindungan-Mu di dunia dan di akhirat ini.
Ya Allah. apa sahaja nikmat yang kami dapati pada pagi/petang ini dari sesiapa makhluk-Mu maka sehenarnya daripada Engkau jua. Tidak ada sekutu bagiMu, sesungguhnya bagiMu kepujian dan kesyukuran
Ya Allah, bagi-Mu kepujian sebagaimana yang setanding dengan kebesaran serta kemuliaan wajahMu dan kehebatan kekuasaanMu.
Aku redhai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi dan Rasul. (3x)
Maha Suci Allah dan dengan memuji-Nya, sebanyak makhluk ciptaan-Nya, sebanyak keredhaan diri-Nya, seberat timbangan 'Arasy-Nya dan sebanyak tinta untuk kalimah-kalimah-Nya.
Dengan nama Allah yang tidaklah mendatangkan mudarat terhadap sesuatu yang berserta namaNya di bumi dan tidak juga di langit. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. (3x)
Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Engkau daripada menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun daripada Engkau terhadap (kesalahan) yang kami tidak mengetahuinya. (3x)
Aku berlindung kepada kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan yang telah Dia ciptakan. (3x)
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau danpada kebingungan dan kedukacitaan, Aku berlindung kepada Engkau daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada Engkau daripada sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung kepada Engkau daripada beban hutang dan penindasan orang. (3x)
Ya Allah, sejahterakanlah badanku, ya Allah, sejahterakanlah pendengaranku, ya Allah, sejahterakanlah penglihatanku. (3x)
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kefakiran, ya Allah, se sungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur. Tidak ada Tuhan (sebenarnya) melainkan Engkau.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku (yang sebenar nya), tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau menjadikan aku dan aku hambaMu, aku berusaha sedaya upaya untuk setia memegang janjiMu sekadar aku kuasa. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang terlanjur aku lakukan. Aku mengakui tentang nikmatMu ke atasku, dan aku meyakini tentang dosaku maka ampunlah aku. Sesungguhnya tiada siapa yang boleh mengampuni dosa kecuali Engkau. (3x)
Aku memohon ampun daripada Allah yang Mulia Maha Besar yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup yang berdiri dengan sendiri dan aku memohon taubat daripadaNya.
Maha Suci Engkau, ya Allah dengan kepujian Engkau. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku mohon keampunan daripadaMu dan meminta taubat daripadaMu. (3x)

Ya Allah, selawatlah ke atas penghulu kami Muhammad hambaMu, NabiMu dan RasulMu Nabi yang ummi, juga ke atas keluarganya, sahabat-sahabatnya dan sejahterakan ke atas semuanya dengan kesejahteraan sebanyak mana yang diliputi oleh ilmu-Mu, kalam-Mu dan kitabMu, redhailah ya Allah ketua-ketua kami Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan sahabat-sahabatnya seluruhnya, para tabi'in dan pengikut-pengikut tabi'in dengan ihsan-Mu sehingga hari kiamat. Maha Suci Tuhan Engkau, Tuhan yang memuliakan kemuliaan sepertimana yang mereka sifatkan, sejahteralah ke atas para Rasul dan puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam
Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyehut (nama)Mu, hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah) Mu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap.
(Ya Allah) Kurniakanlah kami (Din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon (ya Allah) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami (ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap selain dari Engkau sendiri, atau menyembah selain dari Engkau sendiri Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenanlah). Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad Nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya.
(copy paste)

Thursday 11 August 2011

keistimewaan hari jumaat

PRIMARY LAGEND





Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

 
Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat JumaatSolat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam

hikmah Qimullail

PRIMARY LAGEND




Hikmah QIamULLaiL:


Pengertian
Qiamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
Hikmah Qiamullail:-
-Meningkatkan keimanan individu
-Meninggikan darjat di sisi Allah
-Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
-Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
-Melatih diri menjadi insan bertakwa
-Melatih diri memperbanyakkan amalan sunat
-Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
-Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
-Melatih diri mengharap keredhaan Allah
-Memberi ketenangan jiwa (emosi)
-Memberi kesihatan(fizikal)
-Menajamkan akal fikiran
-Meneguhkan kekuatan rohani
-Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepada-Nya
-Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap)kepada Allah
-Dan lain-lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-Nya yang ikhlas dan istiqamah

Kelebihan Qiamullail
-Dimakbulkan doanya dan masin perkataan
-Tenang hati dan fikirannya
-Dimurahkan rezeki
-Dihormati masyarakat
-Dilindungi Allah daripada khianat manusia
-Jika dia pemimpin, dia akan disegani
-Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah. Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya).

Waktu-Waktu Qiamullail
Waktu untuk solat malam ialah selepas Isya’ sehingga sebelum masuk Subuh. Bagi solat Tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.
”Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya. Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari.”
H.R. Jamaah selain At-Tirmizi

Panduan Bangun Awal
-Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan selepas waktu Isya’.
-Tidak bekerja terlalu penat pada waktu siang
-Elakkan diri daripada melakukan maksiat
-Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah
-Membaca tiga ayat terakhir surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan
-Mematuhi adab-adab tidur

Adab-adab Qiamullail
-Berniat sebelum tidur untuk Qiamullail
”Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya.”
H.R. an-Nasai dan Ibn-Majah
Sanad Dahih dairpada Abu Darda’ R.A.
-Tidur mengikut adab-adab yang digariskan
-Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur.
-Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan Qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran.
-Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai.
-Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiamullail.
”Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah.”
H.R. Abu Daud
Sanad Sahih drpd Abu Hurairah R.A.
-Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk.
-Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.
-Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.

Amalan-amalan sunat ketika Qiamullail
-Solat sunat Tahajjud
”dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat di tempat yang terpuji.”
Al-Isra’ 79
”Sebaik-baik solat selain daripada solat fardhu ialah solat malam”
H.R. Muslim
-Solat sunat tasbih, taubat, istikharah, hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak dan solat sunat yang lain.
-Solat witir
-Berzikir, bertasbih dan bertahmid
-Membaca al-Quran
-Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah.

Penutup
Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang-orang soleh dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik-baik ganjaran, nikmat dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.
Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah S.A.W? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ’abid yang bermujahadah dengan ibadah malam mereka? Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu?… … .
Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allah S.W.T. dan seterusnya menghayati dan merealisasikan wawasan khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang dipikul..Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita… … ..dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita…
Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan, kemungkaran, kemaksiatan dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi akan datang, yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar nilainya ini? Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi..

Kebaikan di bulan Ramadhan..

PRIMARY LAGEND





Kebaikan bulan ramadhan:
Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah dan Rasul r telah menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya :

1. Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran :

Allah berfirman :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْه ﴾ ﴿

Maksudnya : ” Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan
batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah
dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah : 185]

2. Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr :

Allah berfirman :

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴾ ﴿

Maksudnya : ” Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan ” [Al-Qadr : 1-3]

3. Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka

Nabi r bersabda :

[ إذا جاء رمضان ؛ فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النيران، وصفدت الشياطين ]

Maksudnya : ” Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan ” [HR Al-Bukhari : 3277, Muslim : 1079]

C. KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

1. Puasa di Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa :

Nabi r bersabda :

[ من صام رمضان إيمانا و احتسابا، غفر له ما تقدم من ذنبه ]

Maksudnya : ” Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan
mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu ” [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]

2. Puasa di Ramadhan menjanjikan syurga :

Nabi r bersabda :

[ من آمن بالله وبرسوله وأقام الصلاة وصام رمضان كان حقا على الله أن يدخله الجنة ]

Maksudnya : ” Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan
berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syuga “
[HR Al-Bukhari : 2637]